Sabtu, April 24, 2010

Hukum Duit

Hukum Pertama. Kita mesti tahu nak beza antara aset dan liabiliti (bebanan) dan membeli aset. Kalau betullah nak kaya sangat, itulah yang perlu anda ketahui. Itulah Hukum No. 1. Itulah satu-satunya peraturan.Nampak macam senang sangat. Tapi banyak orang tidak tahu betapa bernilainya hukum ini. Kebanyakan orang bergelut secara kewangan sebab diorang tak tahu nak beza antara aset dan liabiliti.

“Orang kaya menambah aset. Orang miskin dan kelas menengah menambah
liabiliti, tetapi mereka mengira itu adalah aset.”

Dipetik Dari A Rich Dad Poor Dad: 

“Apa itu aset?” tanya Mike. “Jangan risau perkara itu sekarang,” katanya. “Biarkanlah idea ini meresap ke
dalam hati kamu. Jika kamu dapat memahami kesederhanaan, hidup kamu akan mempunyai perancangan dan kewangan kamu menjadi mudah.

Ianya begitu mudah; sebab itu idea ini selalu tertinggal.” “Maksud Pakcik, apa yang perlu kami ketahui hanyalah aset, mendapatkannya, dan kami boleh jadi kaya?” tanya saya. Ayah kaya menganggukkan kepalanya. “Ya, mudah sekali.” “Jika begitu mudah, mengapa setiap orang tidak kaya-kaya?” tanya saya. Ayah kaya tersenyum. “Kerana orang tidak tahu bezanya antara aset dan liabiliti.”  Mengapa orang masih mahu membeli aset yang sebenarnya ialah liabiliti? Jawapannya ditemui di dalam asas pendidikan.

“Apa yang mendefinisikan aset bukanlah perkataan tetapi angka-angka. Dan jika kamu tidak boleh membaca angka, tidak payah kamu bercakap tentang aset.” "Dalam perakaunan" Ayah kaya akan mengatakan, “yang penting bukanlah angka, tetapi apa yang angka-angka itu beritahu kamu. Ia hanya seperti perkataan. Yang penting bukan perkataannya, tetapi cerita yang diberitahu oleh perkataan itu pada kamu." “Banyak orang membaca, tetapi ramai yang tidak faham. Ini disebut kefahaman membaca. Dan kita semua mempunyai kebolehan berbeza bila berhadapan dengan soal tersebut.

“Jika kamu ingin kaya, kamu mesti membaca dan memahami angka-angka.”Saya mendengar perkara ini ratusan kali daripada ayah kaya saya. Dan saya juga selalu mendengar, “Orang kaya menambah aset, orang miskin dan kelas menengah menambah liabiliti.” Begitulah cara ayah kaya memberitahukan perbezaan antara aset dan liabiliti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger

Contributors

Foto saya
Jgn bayangkan kbahagiaan yg lbh besar drpd apa yg anda rsakan saat ini,spy anda x kehilangan apa yg anda miliki saat ini. Jgn ditunggu-tunggu musibah yg akan dtg, krn jk demikian bererti anda ingin mempercepatkan dtgnya kesusahan dan ksedihan